Home Buletin Semasa LELAKI DIKHUATIRI LEMAS

LELAKI DIKHUATIRI LEMAS

295
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang lelaki berusia 27 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Kebik, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Lizan Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.20 pagi.

“Susulan laporan tersebut, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba pada jam 3.33 pagi namun tidak dapat menghampiri lokasi kejadian kerana jalan yang sempit, memaksa anggota berjalan kaki untuk sampai ke lokasi insiden,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi pencarian diteruskan pada hari kedua, melibatkan pasukan Fire Rescue Vehicle (FRV) Triton yang diketuai PBK I KUP Azman Arifin bersama lima pegawai termasuk anggota bagi tujuan pertukaran tugas.


IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here