Home Buletin Semasa DUA PEGAWAI KANAN TERMASUK PENGURUS BESAR DISAMBUNG REMAN TIGA HARI

DUA PEGAWAI KANAN TERMASUK PENGURUS BESAR DISAMBUNG REMAN TIGA HARI

146
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dua pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Mei lalu, disambung reman selama tiga hari lagi bermula esok.

Mereka disambung reman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Ia bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah.

Dua lagi pegawai kanan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tahanan reman terhadap mereka tamat hari ini.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Habri Muhamad di Mahkamah Sesyen, di sini.

Media sebelum ini melaporkan, tiga pegawai kanan agensi kerajaan berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan kira-kira jam 7.30 malam pada 5 Mei lalu.

Mereka ditahan reman selama empat hari bermula 6 Mei sehingga hari ini, kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM.

Seorang daripada mereka ditahan pada 30 April lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu dan ditahan reman selama sembilan hari.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here