Home Buletin Semasa DUA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA DAN KAMPUNG KUTAN

DUA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA DAN KAMPUNG KUTAN

158
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dua lelaki dikhuatiri lemas di dua lokasi iaitu di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini dan di Kampung Kutan, Tumpat, pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zainal Madasin berkata kes pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai terjun dari jambatan itu pada 9.46 pagi manakala kes kedua melibatkan seorang lelaki hilang selepas sebuah bot terbalik di kampung berkenaan pada 10.17 pagi. 

Menurutnya usaha mencari mangsa yang masing-masing berumur 30-an dan 50-an itu sedang giat dijalankan. 

Zainal berkata 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pengkalan Chepa digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di jambatan itu.

“Di Tumpat pula melibatkan 13 keanggotaan dari BBP Wakaf Bharu dan PPDA Pengkalan Kubor bagi operasi SAR mangsa bot terbalik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan kejadian seorang lelaki berusia 28 tahun terjun ke dalam sungai di Jambatan Sultan Yahya Petra pada 10.48 pagi tadi.

Dalam kenyataan, berkata bertindak atas aduan, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam diatur gerak ke lokasi kejadian. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu menunggang motosikal seorang diri dari arah Tumpat ke Kota Bharu dan disyaki terjun ke dalam sungai berkenaan.

“Pihak berkuasa telah memulakan operasi di tempat kejadian dan diminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi demi menghormati privasi keluarga mangsa,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here