Home Politik DAP TUNDA PERSIDANGAN, PERTAHAN SEMUA KERUSI PENYANDANG PRN JOHOR, N SEMBILAN –...

DAP TUNDA PERSIDANGAN, PERTAHAN SEMUA KERUSI PENYANDANG PRN JOHOR, N SEMBILAN – LOKE

65
0

KUALA LUMPUR: DAP akan mempertahankan semua kerusi penyandang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain menyasarkan untuk bertanding beberapa kerusi tambahan di Johor.

Memetik laporan berita Harian, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata keputusan mengenai jumlah sebenar kerusi tambahan itu bagaimanapun tertakluk kepada rundingan muktamad bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang dijangka selesai menjelang hujung minggu ini.

“Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat bulanan malam tadi dan memutuskan beberapa pendirian.

“Mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan DUN Negeri Sembilan dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari 1 Jun 2026, maka Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang sepatutnya dijadualkan pada 12 Julai 2026 akan ditunda ke 16 Ogos depan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Loke berkata, proses pemilihan calon untuk mewakili DAP dalam PRN berkenaan akan ditentukan oleh sebuah Jawatankuasa Pemilihan Calon membabitkan dirinya, Pengerusi Kebangsaan, Gobind Singh Deo; Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Nga Kor Ming; Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching dan Ketua Parlimen DAP, Chong Chieng Jen. 

“DAP juga menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang sudah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Persidangan Dewan Rakyat bermula 22 Jun akan datang. 

“DAP berkomitmen untuk memastikan sokongan undi belah bahagi daripada semua 40 Ahli Parlimen DAP dan menyeru semua Ahli Parlimen untuk memastikan Pindaan Perlembagaan yang bersejarah berkenaan dapat direalisasikan,” katanya.

Katanya, DAP komited untuk mendokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan dan akan berkempen secara bersungguh-sungguh dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan demi kemenangan PH di kedua-dua negeri berkenaan. – BH  Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here