Home Buletin Semasa BAS PERSIARAN DISITA, PEMANDU DIKESAN TIADA LESEN CDL DAN PSV

BAS PERSIARAN DISITA, PEMANDU DIKESAN TIADA LESEN CDL DAN PSV

36
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KULIM: Sebuah bas persiaran disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas pemandunya didapati memandu tanpa lesen yang sah dalam satu operasi penguatkuasaan di persimpangan lampu isyarat Kilang A&T di sini, semalam.

Dalam hantaran di laman rasmi JPJ Negeri Kedah, operasi yang dijalankan kira-kira jam 11.55 pagi oleh anggota penguat kuasa JPJ Cawangan Sungai Petani itu menahan bas berkenaan untuk pemeriksaan lanjut selepas dikesan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

“Hasil semakan mendapati pemandu lelaki tempatan tersebut gagal memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang diwajibkan bagi pemandu bas persiaran.

“Pemandu berkenaan juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan ketika pemeriksaan dijalankan,”menurut kenyataan itu.

Susulan pelbagai pelanggaran undang-undang jalan raya yang dikesan, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan menyita bas terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kenderaan itu kemudiannya ditempatkan di Depoh JPJ Cawangan Kulim,”menurut kenyataan itu.

JPJ menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan setiap pemandu dan pengendali kenderaan mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here