Home Buletin Semasa BALAI SENI NEGARA PERKUKUH KERJASAMA MEDIA SEMPENA HAWANA 2026

BALAI SENI NEGARA PERKUKUH KERJASAMA MEDIA SEMPENA HAWANA 2026

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Balai Seni Negara terus memperkukuh hubungan dengan media apabila menyertai Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 yang berlangsung di ibu negara Khamis lalu.

Menurut kenyataan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Balai Seni Negara adalah antara 113 rakan strategik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang terbabit dalam menjayakan sambutan HAWANA tahun ini.

Menurut kenyataan itu, penglibatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Balai Seni Negara dalam menyokong usaha memperkasa peranan media sebagai medium penting dalam pembangunan negara serta penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada rakan strategik yang menyokong penganjuran HAWANA 2026.

Hadir sama Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.

Selain itu, program berkenaan turut menjadi platform bagi mengukuhkan kerjasama antara organisasi media, agensi kerajaan dan sektor swasta.

Dalam kenyataan sama, Balai Seni Negara merakamkan penghargaan kepada pengamal media atas sokongan berterusan mereka dalam mengetengahkan seni visual tempatan kepada masyarakat.

Menurutnya, media memainkan peranan penting dalam meningkatkan apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan negara selain membantu memperluaskan capaian pelbagai program serta inisiatif yang dilaksanakan.

Sambutan HAWANA 2026 yang bertemakan “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti” dijadual berlangsung dari 19 hingga 21 Jun 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang, manakala majlis kemuncaknya akan diadakan pada 20 Jun depan.

Balai Seni Negara berharap kerjasama strategik bersama media dapat terus diperkukuhkan bagi memperluas penyebaran maklumat serta menyokong pembangunan ekosistem seni dan budaya negara. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here