Home Sukan DANIAL,HAKIM DANISH BURU PENAMAT TERBAIK DI ARAGON

DANIAL,HAKIM DANISH BURU PENAMAT TERBAIK DI ARAGON

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan Dunia JuniorGP di Litar Catalunya pada Julai lalu tampak tidak memihak kepada pelumba negara dalam kelas JuniorGP, Danial Syahmi Ahmad Shahril.

Danial meraih satu mata di Perlumbaan 1 namun tidak menamatkan saingan di Perlumbaan 2 dan baginya, peluang masih ada untuk dirinya membuktikan sesuatu di pusingan seterusnya di Litar Aragon, hujung minggu ini.

Memetik laporan menerusi berita harian,Selepas hampir tiga bulan tidak beraksi, sudah tentu Danial mahu memperbaiki kutipan matanya di saat saingan musim 2023 hanya berbaki dua pusingan sahaja lagi termasuk di Litar Ricardo Tormo, bulan depan.

“Saya yakin sesi latihan dari segi fizikal dan mental dapat membantu saya mempamerkan aksi yang terbaik minggu ini di Aragon,” kata Danial yang mewakili pasukan Asia Talent Team.

“Saya tidak berjaya menamatkan perlumbaan di pusingan-5 Catalunya dalam perlumbaan 2, namun misi saya untuk perlumbaan minggu ini tetap sama, saya akan berikan yang terbaik dan cuba untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan yang terbaik.”

Danial pada ketika ini berada di kedudukan ke-20 dengan 19 mata.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara dalam kelas European Talent Cup (ETC), Hakim Danish Ramli pasti mahu menamatkan kemarau kutipan mata selepas kali terakhir meraihnya di Pusingan 2, Mei lalu.

Pelumba berusia 16 tahun yang mewakili pasukan Monlau Motul itu pada ketika ini berada di kedudukan ke-17 keseluruhan dengan 24 mata.

“Saya ingin melakukan perlumbaan yang lebih baik berbanding di Catalunya, Julai lalu. Saya sudah mempersiapkan diri saya dengan pelbagai latihan dan akan berusaha seawal sesi latihan,” katanya.

-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here