KOTA BHARU, KELANTAN: Bukan sahaja kita mengimpikan dandanan malah kucing juga menginginkannya agar kelihatan rapi dan lebih selesa.
Menurut Hidayu, bulu kucing yang kusut dan berminyak boleh menjadi punca kucing mengalami stress dan jatuh sakit.
Dandanan kucing bertujuan untuk menghindarkan kucing daripada terkena penyakit kulit dan parasit pada badan kucing.
“Grooming ni dia adalah proses mendandan. mendandan kalau di SPA kucing dia lebih kepada kita mencantikkan kucing. ok cantikkan kucing bermaksud kita kena potong kuku, cuci telinga cuci muka dia and kita mandi, mandi basah tu mandi dengan air lah sabun yang elok.” -Nur Hidayu Abdul Rahim, pengurus Pusak Pethouse

Hidayu berkata penting untuk menjaga keselamatan kucing ketika membersihkannya supaya lubang hidung dan telinga kucing tidak dimasuki air.
Katanya proses dandanan kucing mempunyai tiga langkah iaitu memeriksa kucing, mandikan kucing dan mengeringkan bulu kucing.
“Kalau kucing yang indoor seelok eloknya dua minggu sekali, dua minggu sekali ulang lagi dua minggu sekali tapi kalau kucing yang outdoor seminggu sekali kalau habis-habis malas pun kucing indoor ni sebulan sekali mesti kena mandi sebab kita nak detect awal kehadiran kutu kehadiran parasit hama apa-apa yang berkaitan pada bulu dia supaya kita dapat prevent awal letak ubat atau sebagainya.” -Nur Hidayu Abdul Rahim, pengurus Pusak Pethouse

Menurut Hidayu, kucing yang terdedah kepada hama akan cenderung menggaru dan menjilat kawasan yang terjejas untuk melegakan kegatalan dan ketidakselesaan.
Tambahnya vaksin kucing memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesihatan dan sistem imuniti yang lebih tinggi.
Justeru bagi mengelakkan jangkitan dan penyakit, pemilik kucing perlu memastikan tahap kesihatan kucing supaya ia dapat menjalani kehidupan sihat tanpa masalah kesihatan yang serius

“Untuk meningkatkan imuniti kucing itu sendiri bermaksud kalau kita bawa kucing tu pergi ke hotel dia akan berjumpa banyak kucing-kucing lain walaupun dia tak duduk bersama tapi dia akan persekitaran lah maksudnya daripada segi serrounding daripada segi bau persekitaran dia, dia kongsi udara yang sama so situ untuk meningkatkan imuniti supaya mengurangkan jangkitan virus jangkitan selsema kucing.” -Nur Hidayu Abdul Rahim, pengurus Pusak Pethouse
Katanya setelah mencecah umur setahun atau mencapai umur kucing dewasa, vaksin akan diberikan secara tahunan atau tiga tahun sekali.

Hidayu berkata khidmat potongan penggayaan turut disediakan di pusak Pethouse antaranya ‘Lion Cut’, ‘Teddy Cut’ dan ‘Dinasor Cut’ dengan harga yang berbeza.
“Lion Cut tu untuk rawat fungles kulit rawat kpada kulit lah senang nak mandikan selalu nak matikan bakteria di atas kulit tu.”
“Rawatan teddy cut ni boleh kalau kucing dia tak fungles teruk lah maksud nya bulu dia tu terlalu gugur, terlalu gugur so kita trim pendek untuk matikan yang hujung-hujung tu dia bercabang dia dah pecah dia dah keras so kita buat teddy cut untuk buat rawatan tapi dia more to stylish la more tu cantik org kata.”
Katanya ‘lion cut’ berpunca daripada bulu kucing yang bergumpal kerana berminyak dan menjadi keras.

Tambahnya, pengambilan tambahan seperti minyak salmon juga penting untuk mempercepatkan pertumbuhan bulu kucing selepas dipotong.
Hidayah berkata proses dandanan kucing yang agresif mengambil masa selama tiga hingga lima jam.
Dia yang juga bekas pensyarah kolej kemahiran tinggi mara (KKTM) Pasir Mas, berkata kucing perlu diberi makan sebanyak tiga kali sehari.
Jelasnya, protein yang perlu diambil dalam pemakanan kucing perlu seimbang dengan 32 peratus hingga 40 peratus.
“Wet food tu sangat penting lah wet food untuk balance kan air dalam badan kucing so seeloknya dua kali seminggu letak makanan wet food tu letak air sikit sebab kita tak tahu yang dia minum air banyak ada yang tak sebab bila dia minum air yang banyak bagus la untuk buah pinggang dia untuk kesihatan buah pinggang dia sebab kimbles ni makanan yang kering kadang-kadang kucing dia kurang minum air sebab tu di peringkat umur dia umur setahun dan ke atas banyak kucing yang kena penyakit batu karang.” -Nur Hidayu Abdul Rahim, pengurus Pusak Pethouse

Katanya, wet food antara makanan kucing yang boleh menyeimbangkan kuantiti air dalam badan kucing.
Menurut Hidayu, terdapat cara yang betul untuk memegang kucing bagi mengelak ia menggelupur dengan meletakkan tangan di dada kucing dan menampung kaki depan dan belakang kucing.
Tambahnya, kucing akan merasa lebih selesa apabila berada pada pelukan seseorang yang memegangnya.
Hidayu yang juga mempunyai empat orang pekerja di pusak pethouse berkata kucing-kucing yang dipeliharanya juga sering didedahkan pada cat show.
“Nak masuk show kucing kita kena train daripada awal. Yang pertama biasakan diri dengan orang ramai biasakan dia tengok dunia luar, sebab supaya dia tak rasa aku lah satu-satu kucing dekat dunia ni. Yang kedua kalau kita nak masuk show kerap kan grooming supaya kita nak pastikan kucing tu sentiasa sihat dan bersih jangan seminggu sebelum show baru nak buat grooming show terus kadang-kadang dia tak prepare. maksudnya bila kita tak prepare kita pun datang nak show takut bulu tu bertangle ada hama dia disqualified la untuk show sebab kucing yang masuk bertanding ni kucing yang sihat yang cantik dan bersih.” -Nur Hidayu Abdul Rahim, pengurus Pusak Pethouse.

Walaubagaimanapun kucing perlu dilatih dahulu sebelum dibawa berjumpa khalayak ramai agar tidak menjadi agresif.
Hidayu berkata harga dandanan bagi anak kucing iaitu serendah rm20 manakala untuk kucing dewasa adalah RM55.
Menurutnya, terdapat dua package dandanan kucing disediakan di pusak pethouse antaranya package a bagi penyelenggaraan dandanan dan package b bagi rawatan kucing.
“Package a paling murah la dia sebenarnya maintenance grooming kita just buat buang kotoran pada bulu and then kita letak sedikit conditioner untuk moist kan dia punya bulu supaya bulu dia tak keras tak apa tak kusut tu just maintenance kalau kucing tu tak de masalah fungles tak de masalah kutu tak de masalah hama. package b lebih kepada medicated kutu dan fungles so untuk package b tu dia ada special shampoo dia special shampoo untuk rawatan pada kucing tu yang macam contoh shampoo medicated ni untuk matikan bakteria pada kulit dan kalau buat medicated pun seminggu sekali kekerapan dia.” – Nur Hidayu Abdul Rahim, pengurus Pusak Pethouse
Menurutnya, pusak pethouse ditubuhkan sejak 2019 turut menyediakan sebanyak 30 buah hotel untuk si bulus dan tiga buah bilik untuk ‘vip’ kucing.
Katanya, segelintir pelanggan yang datang ke pusak pethouse adalah dari kelantan, johor dan perak.
Imedikel TV





