Home Buletin Semasa KERJA KERAS IBARAT PERLAWANAN SEPARUH MASA KEDUA UNTUK JENTERA PH-BN

KERJA KERAS IBARAT PERLAWANAN SEPARUH MASA KEDUA UNTUK JENTERA PH-BN

187
0

KOTA BHARU: Bahang Pilihan Raya Negeri, PRN makin terasa. Ibarat perlawanan bola di separuh masa kedua. Itu kata naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Kita dah masuk separuh masa kedua sebab saudara Khalid Samad pakai baju bola saya pun nak cakap perumpamaan bola. Kita dah masuk ke dalam dah lepas dah second half masuk untuk second half dalam perlawanan yang hari ni maka kita seharusnya bekerja sekuat mungkin untuk kita memastikan bila sampai 12 haribulan ini kita akan saksikan calon-calon kerajaan perpaduan PH-BN dapat menang di negeri Kelantan.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan ceramah perpaduan di pusat daerah mengundi (PDM) Tiong, di sini, petang semalam.

Nik Nazmi yang juga Pengerusi PKR Kelantan, berkata PRN kali ini adalah peluang kepada semua pengundi untuk menentukan kerajaan.

“Bagi peluang 5 tahun kepada beliau nak tengok ada berubah atau tidak nasib rakyat di sini. Dia kalau kita asyik melakukan perkara yang sama. 33 tahun kita pilih pihak yanh sama dan keadaan bukan sahaja tidak baik malah menjadi lebih teruk, adakah kita patut salahkan orang lain apabila kuasa itu datang ke tangan kita tiap-tiap pilihanraya.”

Menurut Nik Nazmi, beliau ingin melihat perubahan di negeri ini.

“Kita nak tengok perubahan di negeri kelantan ini sendiri, kita tak nak diberi pilihan palsu. Nak air ke nak islam? Sebenarnya kalau islam tu islam betul, air pun selesai, tak patut timbul masalah sebab kita nak taharah pun pakai air. Dan ini adalah masalah tak susah sebenarnya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here