Home Buletin Semasa AIR KEPERLUAN ASAS DALAM ISLAM

AIR KEPERLUAN ASAS DALAM ISLAM

241
0

PASIR MAS: Air merupakan keperluan asas dalam islam untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat namun masalah air di kelantan tidak pernah ada kesudahan sejak beberapa tahun lamanya.

Ketua Wanita UMNO bahagian Pasir Mas, Rita Sarbanon Ismail berkata seorang pemimpin memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat untuk menyelesaikan masalah ketiadaan air bagi menunaikan solat agar tidak mengabaikan kewajipan di sisi islam.

“Sebagai pemimpin, jangan mengaku parti itu memperjuangkan islam jika tidak mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini, setakat hari ini, semua dimulakan oleh UMNO Barisan Nasional (BN) jadi saya harap anak muda kasihanilah ibu bapa yang ada di kampung yang mempunyai masalah air, fikirla secara waras dan tekad lah untuk membantu kerana allah,”katanya.

Rita berkata, masalah itu menimbulkan kesusahan terhadap orang ramai terutama pekerja di sekitar kota bharu yang terpaksa keluar mencari bekalan air untuk mengambil wudhuk.

“Rata-rata orang ramai mencari bekalan air hanya untuk ambil wudhuk jadi itu adalah asas dalam islam yang penting, jadi sebagai pemimpin mereka perlu membantu rakyat dalam menyediakan keperluan asas untuk beribadah kepada allah.

“Saya pernah tengok warga emas membawa air dalam bekas untuk basuh tangan dan dia mandi di telaga orang lain jadi itu pun nasib baik air itu tidak hanyir jadi kita bayangkan macam mana dia mengambil wudhuk yang wajib selama lima waktu satu hari,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis demonstrasi kuih lukchup, di sini, baru-baru ini.

Katanya, perkara itu tidak boleh dipandang enteng oleh pemimpin kerana melibatkan kewajipan dalam islam dan kebajikan rakyat dalam negeri.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here