Home Buletin Semasa REPLIKA KAPAL GERGASI PAS TANDA SEMANGAT PENDUDUK DUN PANCHOR

REPLIKA KAPAL GERGASI PAS TANDA SEMANGAT PENDUDUK DUN PANCHOR

201
0

KOTA BHARU: Semangat penduduk kampung Pulau Belanga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor mencetuskan idea untuk menghasilkan replika kapal gergasi yang berlambangkan bendera PAS.

Team Imedikel TV berkesempatan menemu bual salah seorang penduduk kampung di sini, sabtu lalu.

Penduduk kampung berkenaan terkenal dengan kreativti dalam menghasilkan replika setiap kali menjelang PRN.

Seorang penduduk, Irwan Hanafi, 28, berkata proses penghasilan kapal itu membabitkan 20 tenaga kerja penduduk kampung tersebut.

Dari kiri, Irwan hanafi 28, dan Muhammad azhar Mohd Nor 33 tahun.

“Konsep kapal ni kalau kita tengok macam kapal perang nak pergi berperang. Masa dalam 3 minggu la nak boleh siap kalau 100 peratus tu dekat sebulan,”katanya.

Irwan berkata tercetusnya idea untuk menghasilkan kapal itu adalah daripada penduduk kampung itu.

Menurutnya, kapal yang berkonsepkan kapal perang itu mempunyai ketinggian 5 meter, panjang 19 meter dan lebar hampir 4 meter.

“Kapal itu daripada buluh-buluh lepas tu kayu-kayu yang terpakai, yang lain tu macam papan buloh tu ambik daripada dalam kampung.”

Kayu dan kain rentang itu dicat menggunakan warna hijau yang merupakan warna rasmi PAS.

“Semangat kampung kita ni kubu kuat la semua orang yang tua, muda, semua pakat semangat kalau dekat-dekat nak mengundi ni. Pakat-pakat bekerjasama pergi tebang buloh semua sama-sama memang nak kekalkan pas di negeri kita,”

Menurut irwan, sebelum ini penduduk kampung berkenaan pernah membina replika seperti jet, helikopter, kapal selam sebagai tanda menghidupkan lagi suasana pilihan raya.

“Sambutan itu meriah terutama waktu malam sebab ada lampu. Malam-malam tu orang luar ada yang datang ambil gambar,”katanya semasa ditemu bual pemberita sabtu lalu.

Katanya, kapal itu terlihat menarik pada waktu malam kerana turut dihiasi dengan lampu pada keseluruhan kapal itu.

Tambahnya, kapal berkenaan bukan sahaja menarik perhatian penduduk kampung itu, malah daripada jajahan lain juga datang pada waktu malam untuk mengambil gambar.

Mengulas lanjut, kos menghasilkan replika kapal gergasi itu membabitkan sebanyak RM1,000 dengan hasil sumbangan daripada penduduk kampung itu sendiri.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here