Home Sukan CARRICK KEKAL MERENDAH DIRI

CARRICK KEKAL MERENDAH DIRI

189
0

LONDON: Pengendali sementara Manchester United, Michael Carrick meneruskan permulaan impian dalam penggal keduanya memegang jawatan itu selepas mencatat kemenangan di laman Arsenal menegaskan pasukannya perlu menunggang gelombang keyakinan yang menghapuskan suasana suram di Old Trafford.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, bekas pemain tengah itu menyahut panggilan United susulan pemecatan Ruben Amorim bulan ini dan dua perlawanan di bawah kendaliannya menyaksikan kemenangan 2-0 ke atas Manchester City serta kejayaan mendebarkan 3-2 ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

“Kami perlu menunggangnya dan menggunakan emosi itu, menggunakan tenaga serta keyakinan.

“Kami juga perlu cukup merendah diri untuk memahami bagaimana dua keputusan besar ini dicapai. Ia tidak datang dengan mudah, jadi kami perlu meneruskannya, menyimpannya dan menggunakannya sekali lagi ,” kata Carrick yang menyaksikan pasukannya naik ke tangga keempat liga.

United apabila Arsenal menguasai 30 minit awal perlawanan dan mendahului menerusi gol sendiri Lisandro Martinez.

Namun kesilapan yang menghadiahkan jaringan penyamaan kepada Bryan Mbeumo serta gol menakjubkan Patrick Dorgu dan Matheus Cunha pada babak kedua memastikan kemenangan liga pertama United di laman Arsenal sejak 2017.

“Gol-gol itu sangat berkualiti dan sebahagian permainan kami juga bagus. Kami kelihatan berbahaya pada masa tertentu.

“Ada ketika kami perlu bertahan, tetapi keseluruhannya ia satu persembahan yang lengkap, ada sedikit segala-galanya,” kata Carrick yang pernah memenangi beberapa kejuaraan liga bersama United.

Carrick juga kekal rekod tanpa kalah ketika menguruskan tiga perlawanan sebagai pengurus sementara pada 2021, termasuk kemenangan 3-2 ke atas Arsenal sebelum menyerahkan tugas kepada Ralf Rangnick.

Dengan Carrick kini diberikan tanggungjawab hingga akhir musim, beliau berpeluang mengukuhkan tuntutan untuk dilantik secara tetap dan reputasinya melonjak pantas.

“Apa yang berlaku selepas ini saya tidak akan jawab setiap minggu. Saya menikmatinya dan saya akan terus melakukan apa yang termampu.

“Dari sudut kami, fokus hanya kepada perlawanan seterusnya. Kami bersama kurang daripada dua minggu, jadi keutamaan adalah membina tabiat dan rutin yang baik. Pemain memberi respon yang sangat positif.

“Namun saya rasa kami tidak boleh melihat terlalu jauh ke depan. Kami akan menamatkan musim di kedudukan yang kami capai melalui keputusan perlawanan,” kata pengendali berusia 44 tahun itu ketika ditanya mengenai cita-citanya. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here