Home Luar Negara SEKURANG-KURANGNYA 8 MAUT FERI KARAM DI SELATAN FILIPINA

SEKURANG-KURANGNYA 8 MAUT FERI KARAM DI SELATAN FILIPINA

198
0

MANILA: Sekurang-kurangnya lapan maut selepas sebuah feri yang membawa 342 penumpang karam di selatan Filipina, pagi ini.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, perkara itu disahkan Datuk bandar wilayah Basilan, Arsina Laja Kahing-Nanoh.

Penolong kecemasan Basilan, Ronalyn Perez, memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya 138 orang berjaya diselamatkan.

Beliau menambah bahawa 18 mangsa sudah dibawa ke sebuah hospital tempatan, tetapi pihak mereka menghadapi cabaran kerana kekurangan kakitangan.

Feri itu dilaporkan sedang berlayar dari Bandar Zamboanga ke Pulau Jolo ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, Pengawal Pantai Filipina berkata, mereka sedang bekerjasama dengan stesen mereka di selatan Mindanao untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Filipina, negara kepulauan dengan 116 juta penduduk, mempunyai sejarah panjang bencana membabitkan kejadian feri karam.

Pada 2023, lebih 30 orang terbunuh apabila sebuah feri di selatan Filipina terbakar. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here