Home Luar Negara BUDAK 3 TAHUN MATI DIKELAR BAPA KANDUNG KETIKA TIDUR

BUDAK 3 TAHUN MATI DIKELAR BAPA KANDUNG KETIKA TIDUR

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun maut dikelar bapanya kandungnya ketika sedang nyenyak tidur.

Memetik laporan media tempatan di Indonesia, kejadian yang berlaku ketika tiga beranak iaitu mangsa, pelaku dan isterinya sedang tidur di bilik.

Namun tiba-tiba, suspek yang dikenali sebagai Agus berusia 30 tahun mengambil sebilah parang sebelum menyerang mangsa.

Ibu mangsa iaitu Herawati, 28, tersedar dari tidur selepas badannya terkena percikan darah mangsa.

Saya terbangun selepas merasakan terkena percikan ‘sesuatu’, tatkala itu saya melihat suami memegang sebilah parang dan tangannya berlumuran darah, melihat saya tersedar suami lantas pergi
Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan namun disahkan sudah meninggal dunia. Pihak polis kini sedang giat menjejaki keberadaan suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan. – Kabar6, Oh Bulan! –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here