Home Buletin Semasa BUDAK 12 TAHUN MAUT TERJATUH DARI TINGKAP HOTEL

BUDAK 12 TAHUN MAUT TERJATUH DARI TINGKAP HOTEL

177
0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut apabila terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu di sini, pagi ini.

Identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti. Jurucakap pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi memberitahu siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel berkenaan.

Katanya, pihak JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.44 pagi tadi sebelum tujuh anggota dari balai bomba dan penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pihak Kementerian Kesihatan.

“Seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada 7.53 pagi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here