Home Buletin Semasa BAHASA ROJAK PUDARKAN BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA ROJAK PUDARKAN BAHASA KEBANGSAAN

177
0

Memartabatkan Bahasa Kebangsaan sudah menjadi keutamaan bagi Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Namun sekarang sudah menjadi kebiasaan anak -anak muda menggunakan bahasa rojak tidak kira di dalam penulisan atau percakapan seharian.

Bahasa rojak ini menyebabkan bahasa melayu semakin hilang dari jiwa anak muda. Justeru tanggungjawab memartabatkan Bahasa Kebangsaan bukan sahaja perlu digalas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malah masyarakat juga perlu bersama dalam memartabatkan bahasa ibunda.

“Sememangnya memang begitulah hakikatnya sekarang ni kan, bukan sahaja bahasa rojak macam-macam pencemaran bahasa yang berlaku bukan sahaja dalam kalangan remaja, yang ibu bapa kan selalu menggunakan kesalahan dalam penggunaan bahasa kebangsaan dan ini sebenarnya mencemarkan bahasa kita” – Ariza Che Ismail, Pengarah DBP Wilayah Timur

Menurut Ariza, perkara ini bukan sahaja mencemarkan bahasa malah turut menjejaskan peluang mereka untuk berjaya dalam konteks remaja yang masih di alam persekolahan.

“Subjek bahasa melayu, matapelajaran bahasa melayu mestilah, contohnya karangan yang tadi, yang puan sebutkan tadi,  maknanya kene menggunakan bahasa melayu yang betul. jadi kesalahan -kesalahan menggunakan bahasa luar itu mempengaruhi mereka membuat kesalahan dalam karangan dan sekaligus akan menyebabkan berlaku kesalahan dan pemotongan markah.” – Ariza Che Ismail, Pengarah DBP Wilayah Timur

Menurut Ariza, pelajar yang menggunakan bahasa salah dalam penulisan berpotensi mendapat markah yang rendah. Beliau berkata demikian ketika pertemuan pihak DBP bersama Imedikel baru-baru ini.

Beliau menasihatkan agar anak muda terutama pelajar sekolah supaya mengelakkan penggunaan bahasa yang salah kerana boleh menyebabkan peluang pengurangan markah untuk berjaya dalam subjek bahasa melayu.

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here