Home Luar Negara BOLEHKAH BANTUAN KEMANUSIAAN MASUK KE GAZA?

BOLEHKAH BANTUAN KEMANUSIAAN MASUK KE GAZA?

167
0

KAHERAH: Sejak semalam, konvoi bantuan kemanusiaan yang berkumpul di sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza tidak dapat memasuki wilayah Palestin itu yang dihujani bedilan Israel.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Sempadan Rafah, satu-satunya laluan keluar masuk ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal Israel, ditutup sejak Selasa lalu selepas tiga serangan udara Israel mengena pos sempadan di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Pada Sabtu, seorang jurucakap Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kepada AFP bahawa Mesir dan Israel mencapai persetujuan untuk membenarkan rakyatnya meninggalkan Gaza melalui Rafah.

Bagaimanapun, Mesir mengenakan syarat ke atas perjanjian itu.

Bagaimanapun kerajaan enggan “lintasan itu hanya dijadikan untuk warga asing menyeberangi sempadan,” menurut agensi berita, Mesir Al Qahera News yang dikaitkan dengan agensi risikan Mesir.

“Pendirian Mesir jelas, yang mahukan bantuan tiba di Gaza,” tambah laporan berkenaan, ketika kebimbangan mengenai kekurangan bekalan asas di wilayah disekat itu semakin meningkat.

Pada Ahad, saksi berkata, blok konkrit yang dipasang penguat kuasa Mesir untuk mengukuhkan sempadan berikutan pengeboman Israel, menunjukkan tiada tanda laluan dibuka dalam masa terdekat.

Bantuan dari Jordan, Turki dan Emiriah Arab Bersatu sudah tiba di lapangan terbang Al Ariel yang jaraknya 50 kilometer (km) di barat Rafah, bersama bekalan perubatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mencukupi buat keperluan 300,000 orang.

Mesir sendiri menghantar konvoi 100 trak pengangkut yang membawa 1,000 tan metrik bantuan.

Sementara Israel yang mengawal dua lagi pintu masuk ke Gaza mengisytiharkan pengepungan sepenuhnya ke atas enklaf pantai Palestin, memotong bekalan makanan, air, bahan api dan elektrik kepada 2.4 juta penduduk di wilayah itu.

“Bantuan kemanusiaan kepada Gaza? Suis elektrik tidak akan dihidupkan, paip air tidak akan dibuka dan lori minyak tidak akan masuk sehingga mangsa culik Israel pulang ke rumah,” kata Menteri Tenaga Israel Israel, Katz pada Jumaat.

Gaza berada di bawah sekatan bersama Israel-Mesir sejak Hamas menguasainya pada 2007.

AFP, HMETRO ONLINE –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here