Home Luar Negara ANGKARA KORBAN RAKYAT PALESTIN MENINGKAT KEPADA 2,670

ANGKARA KORBAN RAKYAT PALESTIN MENINGKAT KEPADA 2,670

144
0

GAZA, PALESTIN: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara di Gaza meningkat kepada 2,670, kata Kementerian Kesihatan semalam.

Memetik Laporan AGENSI, melalui Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 750 kanak-kanak antara yang maut.

Memetik laporan Anadolu, jumlah yang cedera meningkat kepada 9,600 orang.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila, berkata 50 keluarga Palestin dikeluarkan sepenuhnya daripada daftar sivil berikutan serangan udara Israel yang berterusan.

Beliau menyifatkan keadaan di Gaza sebagai “kubur dan malapetaka di semua peringkat.”

Lebih 470,000 orang juga kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara, memburukkan lagi penderitaan secara keseluruhan.

Kesesakan, kekurangan bekalan elektrik dan air menyebabkan penularan penyakit berjangkit, tambah Alkaila.

Beliau juga menekankan perlunya tindakan antarabangsa yang mendesak dan tegas untuk menamatkan konflik.

Hujung minggu lalu, dalam peningkatan dramatik ketegangan Asia Barat, tentera Israel melancarkan ketenteraan yang berterusan terhadap Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan tentera oleh kumpulan Palestin Hamas di wilayah Israel.

Hamas memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa terhadap Israel, serangan mengejut pelbagai serampang termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara.

Ia berkata operasi itu sebagai membalas tindakan serbuan terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan keganasan peneroka Israel yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Tentera Israel kemudian melancarkan operasi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Tindak balas Israel diperluaskan kepada pemotongan bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan hidup di kawasan yang telah mengalami kepungan yang melumpuhkan sejak 2007, serta mengarahkan lebih satu juta penduduk Gaza di utara Semenanjung untuk berpindah ke wilayah selatan.

AGENSI, BHARIAN ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here