Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan ImedikelTV
KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi buat Pilihan Raya Negeri (PRN) 15 kali ini.
Setiausaha BN negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pihaknya akan mengekalkan lapan kerusi yang sedia ada serta menambah lapan lagi kerusi milik PAS.
“Setakat ini, kita yakin 16 kerusi berkenaan akan menjadi milik BN antaranya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor dan Jelawat,” katanya pada sidang media PRN BN- Pakatan Harapan (PH) di Dewan UMNO Kelantan di sini, hari ini.
Menurut Md. Alwi, selain 16 kerusi daripada BN, pihaknya turut berharap sekurang-kurangnya tuiuh kerusi dimenangi oleh gabungan PH.
“Kita berharap PH dapat memenangi tujuh daripada 14 kerusi yang dipertandingkan untuk mengadakan perubahan di Kelantan.
Tambahnya, kemenangan tujuh kerusi itu akan membantu dalam mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan di negeri ini.
PRN Kelantan memutuskan sebanyak 14 kerusi dipertandingkan bagi calon PH dan 31 kerusi lagi bagi calon BN.
ImedikelTV






