Home Buletin Semasa 38 KLINIK KESIHATAN, DESA DITAMBAH BAIK DI KELANTAN

38 KLINIK KESIHATAN, DESA DITAMBAH BAIK DI KELANTAN

185
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 38 Klinik Kesihatan dan Klinik Desa daif di Kelantan kini berada dalam kerja-kerja penambahbaikan meneruskan peruntukan berjumlah RM9.3 juta daripada Kerajaan Pusat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata klinik-klinik itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober nanti.

“Hampir sebahagian daripada klinik daif telah siap dibaiki dan digunakan oleh rakyat, cuma ada sebahagian lagi dalam proses pembaikan yang kebanyakannya melibatkan kerosakan bumbung dan penukaran bangunan kayu kepada binaan simen selain pendawaian elektrik.

“Pembinaan klinik ini sudah lama dijalankan namun kerja penambahbaikan perlu dilakukan dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Saintifik Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak ke-3, di sini, semalam.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), JKNK dan World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) itu  dijalankan bagi membincangkan kepentingan susu ibu kepada tumbesaran kanak-kanak.

Penambahbaikan itu adalah antara pengumuman yang dibuat sebelum ini oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bagi peruntukan naik taraf bagi kelima-lima Klinik Desa itu telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM32.05 juta. 

Menurut Dr Zaini, apabila kerja-kerja pembaikan klinik berkenaan siap sepenuhnya, rakyat di seluruh jajahan negeri ini akan menikmati perkhidmatan yang lebih selesa.

“JKNK amat berterima kasih kepada kerajaan atas kelulusan peruntukan tersebut kepada Kelantan.

“Usaha ini bukan hanya memberi nilai tambah kepada kemudahan sedia ada, tetapi juga yang lebih penting memberi manfaat kepada rakyat,”katanya.

Beliau berkata terdapat 108 Klinik Kesihatan dan 132 Klinik Desa yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat.- Sumber –

Sementara itu, Dr Zaini berkata lima Klinik Desa yang dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan yang mula dibina pada 2020 berjaya disiapkan dua bulan lepas dan telah beroperasi sepenuhnya pada Julai.

Menurutnya, klinik berkenaan ialah Klinik Kesihatan (KK) Mata Ayer dan KK Kerilla (Machang), KK Karangan dan KK Peria (Kuala Krai) serta KK Sokor di Tanah Merah.


ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here