Home Luar Negara BERLIAN 340 KARAT DITEMUKAN DI RUSIA

BERLIAN 340 KARAT DITEMUKAN DI RUSIA

MOSCOW: Sebutir berlian berkualiti tinggi seberat 340 karat ditemukan di tapak perlombongan di wilayah Arkhangelsk, Rusia, umum Gabenor Alexander Tsybulsky pada Isnin, lapor Xinhua.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, Berlian itu antara lima berlian terbesar yang pernah ditemukan dalam sejarah moden Rusia dan yang terbesar pernah dijumpai sepanjang tempoh pembangunan industri di lombong Vladimir Grib (V Grib), kata Tsybulsky.

Menurut beliau, berlian itu terserlah bukan sahaja kerana saiznya yang luar biasa, tetapi juga kualiti serta nilai pasarannya.

“Berlian seperti ini hanya merangkumi tidak lebih daripada dua peratus daripada keseluruhan berlian semula jadi,” katanya.

Lombong Vladimir Grib dikendalikan oleh AGD Diamonds, sebuah syarikat perlombongan berlian Rusia.

Negara itu kini pengeluar berlian terbesar di dunia dari segi jumlah, manakala wilayah Arkhangelsk antara kawasan perlombongan berlian utama di negara itu. – BERNAMA-XINHUA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here