Home Luar Negara BEKAS PM THAI, TAKSIN DIBEBAS DARI PENJARA

BEKAS PM THAI, TAKSIN DIBEBAS DARI PENJARA

43
0

BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilaporkan dibebaskan lebih awal dari penjara pada Isnin, menurut seorang wartawan AFP di luar penjara Bangkok.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, bilionair telekomunikasi berusia 76 tahun itu, menjalani hukuman penjara selama setahun atas kesalahan rasuah sejak September lalu.

Difahamkan, beliau turut dikehendaki memakai alat pemantauan elektronik sepanjang tempoh percubaan selama empat bulan.

Thaksin dilihat memeluk ahli keluarganya di luar penjara selepas dibebaskan.

Beberapa ratus penyokong yang memakai baju merah ikonik mereka turut berkumpul di luar penjara sambil berkata, “kami sayang Thaksin”.

Dalam pada itu, jentera politik Thaksin sejak dua dekad lalu menjadi musuh utama golongan elit Thailand yang protentera dan promonarki.

Golongan itu melihat pendekatan populis beliau sebagai ancaman kepada susunan sosial tradisional.

Sementara itu, Parti Pheu Thai dan versi terdahulunya adalah parti politik paling berjaya di Thailand pada abad ke-21, dengan keluarga Shinawatra melahirkan empat perdana menteri dan menerima sokongan meluas daripada masyarakat luar bandar.

Bagaimanapun, Pheu Thai mencatatkan keputusan pilihan raya paling buruk pernah dicapai pada Februari lalu apabila jatuh ke tempat ketiga.

Keputusan itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan dinasti politik Thaksin.

Namun, penyertaan Pheu Thai dalam gabungan pemerintah pimpinan Perdana Menteri konservatif, Anutin Charnvirakul membuka kemungkinan kepada kebangkitan semula politik.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here