Home Luar Negara BAYI BARU LAHIR MAUT DITIKAM, 5 DIDAKWA

BAYI BARU LAHIR MAUT DITIKAM, 5 DIDAKWA

LONDON: Lima individu termasuk seorang remaja perempuan, didakwa susulan kematian seorang bayi baru lahir di Sheffield, menurut Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS), semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik laporan Anadolu menerusi Berita Harian, dua lelaki, dua wanita dan seorang remaja perempuan didakwa selepas bedah siasat forensik mendapati punca kematian bayi perempuan itu ialah akibat luka tikaman, menurut kenyataan CPS.

“Dukacita dimaklumkan bahawa anak itu ditemukan meninggal dunia di sebuah kediaman di Holywell Heights pada 30 Ogos lalu, selepas anggota polis bertindak susulan laporan mengenai kebimbangan terhadap keselamatan seorang bayi,” menurut kenyataan itu.

CPS memaklumkan bahawa Andrea Skopova, 20; Peter Horvath, 19; Peter Horvath, 38; dan Nina Horvathova, 37, didakwa atas kesalahan membunuh, menyebabkan atau membiarkan kematian seorang kanak-kanak, serta menghalang proses keadilan dengan mengambil langkah menyembunyikan pembunuhan bayi itu.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, yang tidak boleh dinamakan atas faktor perundangan kerana usianya pula didakwa atas kesalahan menghalang proses keadilan, menurut CPS. – BERNAMA-ANADOLU, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here