Home Sukan BAKAT CHELSEA KINI BINTANG LIVERPOOL

BAKAT CHELSEA KINI BINTANG LIVERPOOL

153
0

LONDON: Rio Ngumoha kini muncul sebagai bintang muda paling menyerlah dalam bola sepak England, selepas melalui perjalanan daripada seorang kanak-kanak kecil di pusat latihan Chelsea hingga menjadi penjaring termuda Liverpool.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, jurulatih pertamanya, Terry Bobie-Agyekum menonton di televisyen saat pemain sayap remaja itu meledak gol kemenangan hasil hantaran silang Mohamed Salah, sekali gus mencipta sensasi serta-merta ketika menewaskan Newcastle 3-2.

Apabila Ngumoha bergerak menyambut bola hantaran itu, Bobie-Agyekum sudah yakin apa yang bakal berlaku.

“Saya tahu dia akan jaringkan gol. Kemampuannya menewaskan pertahanan dan membuat penyudah itulah yang membezakannya.

“Ia sungguh menakjubkan, membuatkan bulu roma meremang. Ia membuktikan bahawa impian boleh jadi kenyataan,” katanya.

Perjalanan impian Ngumoha bermula di gelanggang kecil dan padang mini sekitar London Timur.

“Semua kredit harus diberikan kepada abangnya, James. Dia yang berlatih dengan Rio setiap hari di gelanggang Powerleague di Beckton.

“Segala kemahiran yang diperoleh datang daripada sesi latihan bersama James.

“Rio baru berusia enam atau tujuh tahun ketika dia datang ke pusat pra-akademi Chelsea di East London, Barking, di mana saya menjadi jurulatih.

“Dia bersama kami mungkin kurang daripada setahun. Dia masuk agak lewat kerana tarikh lahirnya hujung Ogos.

“Apa yang menonjol ketika itu adalah gerakan kaki serta keazamannya untuk terus mencuba.

“Pada usia sebegitu, anda tidak boleh ramal sama ada seseorang akan jadi pemain hebat. Anda boleh nampak potensi, tetapi perjalanannya panjang dan penuh cabaran,” kata Bobie-Agyekum. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here