Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan penyeludupan produk kosmetik dalam Op Taring Wawasan apabila menahan seorang lelaki tempatan di sebuah pengkalan haram di Pengkalan Kubor, pada Isnin lalu.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata dalam kejadian sekitar jam 1.45 petang itu anggota PGA sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan dan melihat dua lelaki sedang memindahkan kotak dari sebuah perahu ke dalam kenderaan.
Komander Briged Tenggara PGA berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anggota PGA sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan dan melihat dua lelaki sedang memindahkan kotak dari sebuah perahu ke dalam kenderaan.
“Dua lelaki itu melarikan diri ke Thailand setelah menyedari kehadiran polis, manakala pemandu kenderaan tidak sempat meloloskan diri.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 15 kotak mengandungi lebih 5,000 unit produk kosmetik berjenama Arraya di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya suspek, seorang lelaki tempatan 63 tahun, dipercayai berperanan sebagai penghantar bagi membekalkan barangan itu ke pasaran tempatan.
Menurutnya, nilai rampasan dianggarkan mencecah RM511,000 dan semua barangan terbabit diserahkan kepada pihak Kastam Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
IMedikel TV






