Home Hiburan ‘BABY M’ TAK BANYAK RAGAM

‘BABY M’ TAK BANYAK RAGAM

144
0

Lumrah wanita bergelar ibu, pastinya anak menjadi keutamaan. Apatah lagi, si kecil itu masih baru dilahirkan dan memerlukan penjagaan teliti.

Lumrah wanita bergelar ibu, pastinya anak menjadi keutamaan. Apatah lagi, si kecil itu masih baru dilahirkan dan memerlukan penjagaan teliti.

Bagi penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 33, dia masih belajar menyesuaikan diri sebagai ibu dan bersyukur anak lelakinya dikenali sebagai ‘Baby M’ tidak banyak ragam.

Baru dua bulan si kecil itu dilahirkan, Nabila berkata, dia dan suami, Nik Iruwan Nik Izani, 40, mudah menguruskam penjagaan ‘Baby M’ setiap hari.

“Setakat ini, Alhamdulillah sangat dipermudahkan dalam penjagaan ‘Baby M’. Saya boleh katakan, dia anak yang tidak ada ragam dan menyenangkan kami.

“Syukur kepada Allah di atas kurniaan anak yang sangat baik ini untuk kami. Sebagai ibu, saya sentiasa doakan kebaikan buat ‘Baby M’ supaya dia jadi anak yang soleh.

“Malah, saya dan suami sepakat tidak menunjukkan wajah ‘Baby M’ sehingga waktu kami fikirkan sesuai memperkenalkannya,” kata penyanyi lagu Peluang Kedua itu.

Nabila bertemu jodoh dengan Nik Iruwan yang juga usahawan pada 18 November 2023 dan melahirkan bayi sulung mereka pada hujung Disember tahun lalu.

Ditanya juga karier seninya, Nabila berkata, dia akan memfokuskan bidang nyanyian saja dulu manakala lakonan berehat seketika.

“Saya masih aktif menyanyi dan jadual kerja juga padat walaupun tiada lagu raya baru. Tapi, saya fokuskan promosi lagu Raya Mana? yang masih diterima ramai.

“Walaupun sudah setahun dilancarkan, tapi lagu Raya Mana? masih mendapat sambutan baik daripada pendengar, termasuk muzik video (MV) di YouTube.

“Terima kasih pada semua yang memberi sokongan pada lagu Raya Mana? itu. Bagi lagu baru pula, insya-Allah akan dirakam juga kalau ada rezekinya nanti,” katanya.

Mengenai tawaran lakonan pula, Nabila mengakui dia masih dilamar pihak produksi, tetapi berpegang pada keputusan dibuatnya untuk tidak menerima.

“Saya berehat dulu daripada lakonan sebab anak masih kecil. Kalau berlakon nanti, saya bimbang akan lebih sibuk di set ‘shooting’ dan kurang masa dengan ‘Baby M’.

“Jadi, lebih baik saya tolak dan ia (tawaran) mungkin rezeki orang lain. Saya juga percaya Allah sudah mengaturkan perjalanan yang baik untuk karier saya,” katanya.

Berbicara juga sambutan Aidilfitri, Nabila berkata, kalau tahun lalu dia berdua dengan suami, tetapi sekarang keluarga kecilnya sudah bertambah menjadi bertiga.

Katanya, sudah tentu ia lebih membahagiakan dan menceriakan dia dan suaminya berikutan persiapan yang dibuat juga lebih kepada keperluan untuk ‘Baby M’. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here