Home Sukan DARIA, BEKAS PEMAIN RUSIA, KINI WAKILI AUSTRALIA

DARIA, BEKAS PEMAIN RUSIA, KINI WAKILI AUSTRALIA

282
0

SYDNEY: Pemain tenis kelahiran Rusia, Daria Kasatkina, yang kini berada di ranking nombor 12 dunia mengumumkan bahawa dia akan mewakili Australia selepas permohonannya untuk mendapatkan status penduduk tetap diterima kerajaan itu.

Daria bertanding sebagai atlet neutral selepas pemain dari Rusia dan Belarus dilarang mewakili negara mereka susulan serangan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.

Pemain itu yang tidak kembali ke Rusia lebih dari dua tahun menjadi salah seorang daripada segelintir pemain negara terbabit secara terbuka menentang perang, kini menetap di Dubai.

“Australia adalah lokasi yang saya suka, sangat mesra, dan tempat yang saya rasa sepenuhnya di rumah.

“Saya suka berada di Melbourne dan berharap dapat menjadikan ia rumah saya.

“Jelas sekali, ada sebahagian daripada keputusan ini yang tidak mudah,” tulisnya dalam satu mesej di Instagram.

Pemain berusia 27 tahun itu pernah menduduki ranking nombor lapan dunia dan memiliki lapan gelaran WTA, dengan pencapaian terbaiknya di Grand Slam apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka Perancis pada 2022. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here