Home Sukan AWONIYI KOMA SELEPAS PEMBEDAHAN ABDOMEN AKIBAT TERLANGGAR TIANG GOL

AWONIYI KOMA SELEPAS PEMBEDAHAN ABDOMEN AKIBAT TERLANGGAR TIANG GOL

135
0

LONDON: Penyerang Nottingham Forest, Taiwo Awoniyi berada dalam keadaan koma secara paksa selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan serius pada bahagian abdomen, menurut laporan media Britain.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro pemain antarabangsa Nigeria berusia 27 tahun itu berlanggar dengan tiang gol pada minit ke-88 ketika cuba menyambut hantaran lintang daripada Anthony Elanga dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 2-2 menentang Leicester City di Stadium City Ground, Ahad lalu.

Awoniyi yang menyertai Forest dari Union Berlin pada Jun 2022, dimasukkan sebagai pemain gantian lewat menggantikan Ibrahim Sangare dan hanya berada di atas padang selama lima minit sebelum insiden berlaku.

Beliau menerima rawatan segera di atas padang dan kemudian menyambung semula permainan, namun kelihatan tempang sepanjang 10 minit terakhir perlawanan.

Media Britain melaporkan Awoniyi berada dalam keadaan koma indius selepas menjalani fasa pertama pembedahan.

Dalam satu kenyataan awal pada Selasa, Forest memaklumkan Awoniyi telah menjalani pembedahan dan kini dalam proses pemulihan dengan baik.

“Nottingham Forest boleh mengesahkan Taiwo Awoniyi setakat ini sedang pulih dengan baik selepas menjalani pembedahan kecemasan akibat kecederaan serius pada bahagian abdomen yang dialaminya semasa perlawanan menentang Leicester City Ahad lalu,” kata kelab itu.

Reuters menghubungi Forest untuk mendapatkan maklum balas.

Selepas perlawanan itu, pemilik Forest, Evangelos Marinakis telah memasuki padang dan kelihatan menegur pengurus, Nuno Espirito Santo.

Espirito Santo menjelaskan insiden itu berlaku kerana kekecewaan Marinakis terhadap keputusan untuk tidak mengeluarkan Awoniyi.

Pengurus Forest itu menambah pemain antarabangsa Nigeria itu tidak digantikan akibat salah faham antara pasukan kejurulatihan dan pasukan perubatan.

Semalam, Forest menafikan laporan yang mendakwa Marinakis terlibat dalam konfrontasi dengan pengurus sebagai berita palsu. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here