Home Luar Negara ANGKA KORBAN 2 BANGUNAN RUNTUH MENINGKAT KEPADA 22

ANGKA KORBAN 2 BANGUNAN RUNTUH MENINGKAT KEPADA 22

170
0

RABAT, Maghribi: Angka korban akibat runtuhan dua bangunan kediaman di bandar Fez meningkat kepada 22 orang, menurut pihak pendakwa raya pada Rabu, lapor Xinhua.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi harian Metro, insiden berlaku lewat Selasa di kejiranan Al-Mustaqbal apabila sebuah bangunan kosong runtuh, sekali gus menyebabkan bagunan empat tingkat bersebelahan turut runtuh, kata pendakwa raya.

Bangunan kedua itu menjadi lokasi majlis aqiqah tradisional bagi meraikan kelahiran.

Wanita dan kanak-kanak antara yang terkorban. Seramai 16 lagi cedera, sebahagiannya parah.

Pihak berkuasa berkata angka korban mungkin meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Polis membuka kertas siasatan di bawah seliaan pendakwa raya bagi mengenal pasti punca runtuhan itu. – Bernama-Xinhua, JMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here