Home Luar Negara ANGKA KEMATIAN KEBAKARAN PUB DI BANGKOK CECAH 32

ANGKA KEMATIAN KEBAKARAN PUB DI BANGKOK CECAH 32

14
0

Bangkok: Angka kematian akibat kebakaran sebuah pub pada malam Isnin di Lat Phrao Bangkok meningkat kepada 32 orang selepas dua mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital, kata pihak berkuasa Thailand.

Memetik laporan Harian Metro, Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok, yang lebih dikenali sebagai Erawan Centre, memaklumkan mangsa meninggal dunia di Hospital Paolo Kaset dan Hospital Nopparat Rajathanee, menjadikan jumlah kematian hospital kepada lima.

“Dua mangsa warga Thailand yang cedera dalam kebakaran di pub Isnin lepas meninggal dunia di Hospital Paolo Kaset dan Hospital Nopparat Rajathanee,” menurut pusat itu dalam satu kenyataan.

Setakat 10 pagi Rabu, 79 orang cedera dalam kebakaran itu. Daripada jumlah itu, 44 telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala 30 masih dirawat di hospital, termasuk 15 di unit rawatan rapi (ICU) dan 15 di wad am, menurut Erawan Centre.

Susulan tragedi itu, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul pada Selasa mengarahkan Kementerian Dalam Negeri menjalankan pemeriksaan di seluruh negara ke atas bangunan dan tempat hiburan dengan penyelarasan bersama Pentadbiran Metropolitan Bangkok, organisasi pentadbiran tempatan, Jabatan Kerja Raya dan Perancangan Bandar dan Desa, Polis Diraja Thailand dan agensi lain yang berkaitan.

Kebakaran berlaku sejurus sebelum tengah malam Isnin di Rong Beer Na Lat Phrao, sebuah tempat hiburan di daerah Chatuchak di Bangkok.

Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat punca kebakaran antaranya meliputi pintu keluar kecemasan terhalang, bahan dalaman mudah terbakar dan kemungkinan kerosakan elektrik.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here