Home Hiburan ALLAHYARHAM NICO DIKEBUMIKAN DALAM GERIMIS

ALLAHYARHAM NICO DIKEBUMIKAN DALAM GERIMIS

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, iaitu Allahyarham Abdul Fashah Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Nico selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini.

Pengebumian dalam gerimis disaksikan kira-kira 200 orang, iaitu merangkumi keluarga, saudara-mara dan kenalan.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Affa, Hairi Kool, Riot Kool, Bagio dan Isma Halil.

Turut hadir dua bekas isteri arwah Nico, iaitu Sharizuria Azlin Ridzuan dan Juwiati Musa serta anak arwah bersama perkahwinan pertamanya, iaitu Muhammad Fazrul Shazreen, 12.

Jenazah selesai disemadikan kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Nico dimandi dan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, selepas solat Zohor, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Allahyarham Nico dilapor meninggal dunia berikutan penyakit jantung hipertensi di Kampung Baru di sini, kira-kira jam 11 malam tadi. Berita pemergian Allahyarham Nico disahkan bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid kepada BH Online.

Ayob dilapor berkata, dia mendapat panggilan kira-kira jam 11.15 malam memberitahu arwah sudah meninggal dunia.

Nico mencipta populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an yang turut dibarisi Affa dan Dino.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here