Home Sukan ALBA INTAI TROFI BERSAMA MESSI DI MIAMI

ALBA INTAI TROFI BERSAMA MESSI DI MIAMI

137
0

FORT LAUDERDALE, AMERIKA SYARIKAT: Pertahanan Sepanyol, Jordi Alba menyasarkan lebih banyak trofi selepas bersatu semula dengan bekas rakan sepasukan Barcelona, Lionel Messi dan Sergio Busquets di Inter Miami.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Alba boleh diturunkan bagi penampilan sulung bersama Inter Miami pada aksi Piala Liga-Liga menentang jiran tetangga Florida, Orlando City awal pagi esok selepas tiba di Miami hujung minggu lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu menang lima kejuaraan liga Sepanyol dan satu trofi Liga Juara-Juara ketika beraksi dengan Barca selain Euro dan Liga Negara-Negara bersama Sepanyol.

“Saya datang ke sini untuk bersaing, untuk memenangi segala-gakanya,” kata Alba pada sidang akhbar selepas latihan semalam.

“Saya bertuah menang segala-galanya bersama Barcelona dan hampir kesemuanya bersama pasukan kebangsaan… ia satu keputusan yang tepat untuk ke sini bagi mengharungi satu projek yang amat menarik.”

Alba berkata, impak Messi dan Busquets, yang mengemudi kemenangan berturut-turut Miami ke atas Cruz Azul dan Atlanta pada peringkat kumpulan pertandingan itu, sudah terbukti.

“Saya fikir kehadiran Busi (Busquets) dan Leo (Messi) banyak membantu peningkatan pasukan ini,” katanya.

“Saya akan menjadi pemain yang sama ketika beraksi di Eropah, saya akan menuntut perkara yang sama terhadap diri sendiri.”

Alba berkata, sekalipun tidak beraksi sejak kemenangan Sepanyol ke atas Croatia pada final Liga Negara-Negara 19 Jun lalu, dia tetap mengekalkan tahap kecergasannya dan sedia untuk diturunkan.

“Saya berlatih dengan bagus di Barcelona selama beberapa hari. Memang benar agak sukar untuk berlatih bersendirian, tetapi saya berhubung dengan staf kecergasan di sini, dari Inter Miami dan ya, ia menjadikannya mudah buat saya,” katanya. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here