Home Sukan AL HILAL SEDIA TAWARAN LUMAYAN BUAT MESSI

AL HILAL SEDIA TAWARAN LUMAYAN BUAT MESSI

130
0

PARIS: Lionel Messi dilaporkan menerima tawaran 400 juta euro (RM1.93 bilion) setahun untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal SFC.

Tawaran itu jauh melebihi kontrak Cristiano Ronaldo bersama satu lagi kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr.

Menurut wartawan Itali, Fabrizio Romano, kelab berkenaan berharap dapat menandatangani juara Piala Dunia bersama Argentina itu selepas kontraknya di Paris Saint-Germain tamat musim panas ini.

Bagaimanapun dia merasakan, Messi, 35, akan memilih untuk kekal bersaing dalam liga Eropah.

“Difahamkan Al Hilal membuat tawaran secara rasmi kepada Leo Messi, gaji bernilai lebih 400 juta euro setahun.

“Keutamaan Leo: terus bersaing di Eropah. Barcelona, menanti FFP (Financial Fair Play) untuk menghantar bidaan dan memulakan rundingan,” kata Romano.

Messi dipercayai akan meninggalkan PSG, malah dicemuh penyokong sendiri ketika aksi menentang Lyon.

Messi turut dikaitkan dengan perpindahan ke Major League Soccer di Amerika Syarikat bersama Inter Miami.

Sumber: AGENSI

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here