Home Sukan AKE JALANI PEMBEDAHAN KAKI

AKE JALANI PEMBEDAHAN KAKI

LONDON: Pemain pertahanan Manchester City, Nathan Ake selamat menjalani pembedahan kaki yang retak semalam selepas dikeluarkan menentang Plymouth Argyle pada aksi Piala FA hujung minggu lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu digantikan selepas rehat Sabtu lalu dan kini terpaksa berehat.

“Ini satu musim yang mengecewakan buat saya tetapi kini saya sudah berjaya menjalani pembedahan kaki, yang mengganggu saya selama beberapa bulan,” tulis Ake dalam laman Instagram.

“Saya melihat masa depan secara positif. Berehat dan memulihkan diri, jumpa anda tidak lama lagi Cityzens dan terima kasih kerana sokongan anda.”

Ake bergelut dengan beberapa siri kecederaan musim ini dan hanya melakukan 18 penampilan. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here