Home Hiburan ABBY ABADI BERI LAMPU HIJAU HUBUNGAN MARISSA, MUNIR

ABBY ABADI BERI LAMPU HIJAU HUBUNGAN MARISSA, MUNIR

KUALA LUMPUR: Pelakon Abby Abadi seakan-akan memberi restu dan mendoakan yang terbaik dalam soalhubungan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, 21, bersama model dan pempengaruh yang dikenali sebagai Munir Akhunov.

Memetik laporan Berita Harian, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 49, berkata dia bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut sekiranya ditakdirkan anaknya itu kembali bertemu jodoh dengan lelaki berkenaan.

“Doakan yang baik-baik ya.. Nanti sampai masa ada jodoh saya ‘share’ (kongsi),” tulisnya di Instagram Story (IGs), baru-baru ini.

Abby berkata demikian bagi menjawab pertanyaan netizen di IGs berhubung dakwaan Munir bakal menjadi bakal menantunya kelak.

Dalam pada itu, Abby turut menepis tanggapan segelintir netizen yang memandang serong terhadap Munir kerana tidak mempunyai ciri-ciri calon suami idaman buat Marissa.

“Biasa lah, manusia. Ada yang suka ada yang tak suka itu biasa. Dengki-dengki pun biasa. Tak mungkin kita mampu nak puaskan hati semua. Kita pun bukan sempurna.

“Paling penting dia single (bujang) dan tak terkait dengan kehidupan orang lain,” tulisnya lagi.

Sementara itu, menerusi hantaran Abby di TikTok, baru-baru ini, Abbymenyifatkan Munir anak yang baik dan sangat menghormati orang lain.

“Bagilah ruang. Tiada manusia yang sempurna. Munir ni merantau ke Malaysia ikut ejen. Sambung belajar dan sekali bekerja. Sekarang sambung ijazah. Baru sangat dia berkawan dengan anak saya, dah keluar cerita macam-macam. Cerita 2019 pun keluar semula.

“Biasalah budak muda, berkawan, bercinta tapi tak jadi. Biasa tu sebab kita pun pernah muda.

“Kita semua manusia. Serba kekurangan. Tiada yang tak pernah buat silap. Jadi doakan yang baik-baik untuk kita semua okay,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, tinjauan Harian Metro mendapati Abby sudah memadam hantaran berkenaan di akaun TikTok.

Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan mereka itu mula dihidu netizen selepas menyedari Marissa dan Munir kerap membuat hantaran ‘repost’ (berkongsi semula) yang sama di TikTok.

Dakwaan itu bertambah kuat apabila Munir memuat naik sekeping gambar yang memaparkan wajah Marissa di IGs serta emoji hati berwarna putih, baru-baru ini.

Sebelum ini, Abby turut memuat naik hantaran yang memaparkan dirinya bersama dua anggota kumpulan Elite, Shasha dan Azza bersama Marissa serta Munir dalam sebuah majlis di IG. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here