Home Buletin Semasa LEBIH 650 DUN WAKAF BHARU TERIMA BANTUAN MENERUSI PROGRAM KELANTANKU CAKNA 2026

LEBIH 650 DUN WAKAF BHARU TERIMA BANTUAN MENERUSI PROGRAM KELANTANKU CAKNA 2026

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seramai lebih 650 orang menerima pelbagai bentuk skim bantuan menerusi Program KelantanKu Cakna DUN Wakaf Bharu 2026 yang berlangsung di Dewan Mahmoodiah, Kampung Kebakat, pada 16 Julai lalu.

Program berkenaan disempurnakan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Datuk Rohani Ibrahim sebagai sebahagian usaha Kerajaan Negeri memperkukuh agenda kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang menyasarkan golongan memerlukan.

“Alhamdulillah, dapat bersama rakyat DUN Wakaf Bharu dalam Program KelantanKu Cakna yang menghimpunkan pelbagai bentuk bantuan dan kebajikan untuk rakyat.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyat terus terbela melalui pelbagai inisiatif seperti Skim Az-Ziwaaj, Skim Cakna Aulad, Skim Bantuan Armalah dan banyak lagi bantuan yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya di laman rasmi pada Jumaat.

Namun, beliau berkata pembangunan bukan sekadar bantuan material.

“Ilmu adalah asas yang membina masyarakat dan membentuk akhlak serta jati diri. Sebab itu, pendidikan perlu sentiasa diutamakan,”katanya.

Pada masa sama, beliau berharap setiap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban penerima, selain menjadi asbab kepada kesejahteraan dan keberkatan buat keluarga masing-masing.

Semoga setiap bantuan yang diterima menjadi asbab kebaikan, membawa keberkatan serta memberi manfaat kepada seluruh penerima dan keluarga. Aamiin,”katanya.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here