Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Pasukan Pahang Rangers FC tidak berhadapan masalah melangkah ke peringkat separuh Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 9-2 pada saingan play-off di Stadium Tertutup SUKPA, di sini semalam.
Jaringan skuad bimbangan jurulatih, Eloy Alonso Fraile dihasilkan oleh bintang tempatan dan import yang beraksi dengan penuh bersemangat dalam misi melangkah ke peringkat separuh akhir bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bagi Fraile, dia amat berpuas hati dengan kejayaan menewaskan ATM yang tampil dengan kesungguhan tinggi untuk mencatat kemenangan, pada dua pertemuan sebelum ini Tok Gajah menewaskan lawan dengan jaringan 6-1.
“Beraksi dihadapan penyokong sendiri barisan pemain Pahang Rangers seolah begitu yakin untuk menewaskan lawan, silih berganti jaringan dihasilkan pada babak pertama dan kedua,” katanya.
Menurutnya, lebih membanggakan apabila pemain tempatan tampil dengan bergaya menghasilkan enam gol, masing-masing satu jaringan oleh Felipe de Souza dan Rodrigo da Silva serta satu gol sendiri oleh pemain lawan.
“Diperingkat separuh akhir kita akan berhadapan JDT yang berada ditangga kedua liga dibelakang Selangor FC, pertemuan yang sengit pasti muncul pada perlawanan dengan skuad harimau selatan itu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia Pahang Rangers yang memenuhi Stadium Tertutup Sukpa semalam, kehadiran mereka meningkatkan lagi semangat barisan pemain memberi persembahan terbaik seterusnya mencatat kemenangan bergaya,” katanya, di sini semalam.
Beliau menambah, tumpuan seterusnya selepas ini mengadakan persiapan menjelang pertemuan separuh akhir dengan JDT yang diadakan secara timbal balik, pusingan pertama pada 26 September di Kuantan diikuti pusingan kedua pada 10 Oktober ditempat lawan.
Fraile berkata, musim pertama membimbing Pahang Rangers impian tertinggi ingin terjemahkan ialah untuk membawa pasukan beraksi dipentas final, lebih manis lagi berpeluang menjulang piala kejuaraan.
“Tidak mustahil Pahang Rangers dapat menewaskan JDT dipentas separuh akhir walaupun pada dua pertemuan peringkat liga musim ini kemenangan berpihak pada lawan.
“Misi tertinggi kita musim ini untuk melangkah ke pentas final, hanya keputusan dua perlawanan separuh akhir menjadi penentuan kejayaan atau sebaliknya buat Tok Gajah musim ini,” katanya.
IMedikel TV






