Home Hiburan QISTINA RAISAH BANGGA BERJAYA BELI RUMAH PADA USIA MUDA

QISTINA RAISAH BANGGA BERJAYA BELI RUMAH PADA USIA MUDA

Kuala Lumpur: Pelakon remaja dan pempengaruh, Qistina Raisah, 18, menarik perhatian ramai menerusi perkongsian video ‘home tour’ dimuatnaik di Instagram (IG).

Memetik laporan Harian Metro, Qistina Raisah atau nama sebenar, Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri juga berharap agar kediaman itu menjadi tempat penuh kasih sayang dan memori indah buatnya sekeluarga.

“Alhamdulillah, officially dapat kunci rumah baru.

“Semoga rumah ini jadi tempat yang penuh dengan kasih sayang, rezeki, ketenangan dan banyak lagi memori indah untuk kita sekeluarga,” tulisnya pada hantaran video itu.

Rata-rata warganet yang mengikuti Qistina Raisah di media sosial memuji tindakan gadis ini kerana berjaya memiliki aset peribadi seperti rumah pada usia masih muda.

“Respect sangat dengan artis muda macam ini, pandai buat aset,” komen seorang netizen.

“Tahniah, semoga dapat buat rumah untuk mak saya juga,” ujar warganet.

“Wah untung, muda-muda sudah ada rumah sendiri,” kata pengguna media sosial.

“Jaranglah anak-anak muda macam dia nak area rumah macam ini,” tulis seorang wargamaya.

Terdahulu, Qistina Raisah mula menceburi lakonan ketika berusia empat tahun pada 2012 menerusi drama Papa Ricky bersama Fadlan Hazim dan Siti Elizad.

Antara drama lain lakonan Qistina Raisah ialah, Lafazkan Kalimah Cintamu, Demi Cinta Ain, Baby Bro!, Azam Ramadan Su, 3 Campur 2, Geng UPSR dan banyak lagi.

Anak bongsu daripada lima beradik ini juga pernah membintangi Kelibat pada 2014, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016), Rise: Ini Kalilah (2018) dan Felina (2019).-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here