Home Buletin Semasa LAPAN PASUKAN BURU KEJUARAAN POLO ROYAL PAHANG CLASSIC

LAPAN PASUKAN BURU KEJUARAAN POLO ROYAL PAHANG CLASSIC

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

PEKAN: Sebanyak lapan pasukan bersaing pada Kejohanan Polo Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Royal Pahang Polo Club di padang Kelab Polo Diraja Pahang, di sini.

Selain wakil tuan rumah Royal Pahang, Royal Pahang ll dan Sri Bendahara turut mengambil bahagian pasukan jemputan dari Brunei Polo Team, Selangor Polo Team, La Sarita-Kelantan, Jogo Polo, dan Citaglobal-Windhorse.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kejohanan berkenaan dan menyaksikan perlawanan pembukaan.

Baginda turut berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Royal Pahang Polo Club iaitu ceremonial throw-in sebagai simbolik bermulanya kejohanan.

Pasukan Royal Pahang yang berada dalam kumpulan satu membariskan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dibantu tiga pemain import dijangka tidak berhadapan banyak masalah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Kumpulan dua berada pasukan Royal Pahang II yang membariskan Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Al-Sultan Abdullah dibantu tiga pemain import.

Turut diadakan Tengku Kejohanan Ampuan Patron’s Cup disertai enam pasukan yang mewakili daerah di negeri ini seperti Pekan, Cameron Highlands dan Temerloh dalam kumpulan satu dan Rompin, Kuantan dan Jerantut dalam kumpulan dua.

Pasukan Pekan tampil dengan diperkuatkan oleh Sultan Pahang.

Kejohanan berkenaan dijangka mampu menarik kehadiran peminat sukan berkuda untuk datang menyaksikan aksi menarik pemain dan kebolehan kuda, final dua kejohanan itu pada 26 September ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here