Home Sukan RONALDO, THIERRY HENRY BERLAKON DRAMA TELEVISYEN DAY 1S

RONALDO, THIERRY HENRY BERLAKON DRAMA TELEVISYEN DAY 1S

London: Ikon bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal menjadi penerbit eksekutif dan turut berlakon dalam siri drama televisyen baharu yang memfokuskan kepada dunia bola sepak Britain.

Memetik laporan Harian Metro,  Siri berjudul ‘Day 1s’ itu menampilkan pelakon Homeland dan Billions, Damian Lewis sebagai Stanley Dalton, seorang ejen bola sepak Britain berpengaruh.

Menurut laporan Deadline dan The Sun, bekas penyerang Thierry Henry serta penyanyi rap Britain, Dave turut dijangka membuat penampilan dalam siri berkenaan.

Drama itu dikatakan mempunyai konsep hampir sama dengan siri Brazil, The Playoffs, yang mengisahkan kehidupan ejen bola sepak dengan menampilkan pelakon Caua Reymond.

Day 1s merupakan projek pertama dihasilkan oleh UR•Marv Studios, syarikat usaha sama antara Ronaldo dan Marv Studios milik pengarah Matthew Vaughn yang diumumkan tahun lalu. Ronaldo akan memegang dua peranan sebagai penerbit eksekutif dan pelakon.

Penggambaran kini sedang berlangsung di London dengan Stadium Barnet FC dilaporkan menjadi antara lokasi utama penggambaran.

Menjelang penghujung kariernya sebagai pemain, Ronaldo, 41, dilihat semakin aktif mengembangkan empayar perniagaannya di luar dunia bola sepak.

Ronaldo ketika ini beraksi bersama kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr FC. Kariernya di Piala Dunia berakhir selepas Portugal tewas kepada Sepanyol pada pusingan 16 terbaik, sebelum Sepanyol muncul juara.

Dianggap antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak, Ronaldo menikmati karier yang gemilang bersama beberapa kelab ternama termasuk Real Madrid dan Manchester United.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here