Home Buletin Semasa HELPER BERPERANAN SEBAGAI ROLE MODEL ‘RAKAN BANTU RAKAN’ DALAM PENJARA

HELPER BERPERANAN SEBAGAI ROLE MODEL ‘RAKAN BANTU RAKAN’ DALAM PENJARA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

BENTONG: Institut Pemulihan Dadah Jelebu muncul juara kategori Icon Helper Lelaki pada Program Psychology Role Play Prospek Helper Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Penjara Bentong, di sini kelmarin.

Tempat kedua berpihak pada Penjara Sungai Buloh, Selangor dan ketiga, Penjara Kluang, Johor. Juara kategori wanita milik Penjara Tapah, Perak, naib juara, Penjara Bentong dan ketiga, Penjara Batu Gajah, Melaka.

Acara Psikodrama, johan berpihak pada Penjara Seberang Prai, Pulau Pinang, naib johan, Penjara Wanita Kajang, Selangor dan tempat ketiga, Pusat Koreksional Chenderiang, Terengganu.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara, Mohd Andri Md Ridzwan dan Pengarah Penjara Pahang, Timbalan Komisioner Penjara Suhaizak Ab Wahab.

Ketika berucap Amizar menegaskan, setiap insan pasti diuji namun apabila Allah SWT mengurniakan peluang kedua dalam kehidupan mereka perlu bangkit dan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Jangan sesekali berputus asa kerana setiap perjalanan yang disertai dengan keikhlasan, usaha dan doa pasti akan dipermudahkan.

“Yakinlah apabila peluang kedua diberikan, tanda kasih sayang dan peluang untuk memperbaiki diri. Selagi kita bergantung harap kepada Allah SWT, ia sentiasa bersama hamba yang sabar dan terus berusaha,” katanya.

Program tersebut telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan Helper sebagai Role Model dalam menjayakan konsep ‘Rakan Bantu Rakan’.

Helper berperanan membantu rakan mereka dalam aspek pengurusan kemarahan, konflik, perasaan tidak puas dan pengurusan emosi yang stabil menggunakan pendekatan psikologi korektif memastikan tingkah laku dan kognitif prospek berada dalam keadaan stabil dan sejahtera.

Komponen ini penting dalam memastikan institusi penjara sentiasa berada dalam keadaan aman, selamat, boleh berdaya huni dan sentiasa menginspirasikan harapan yang dimainkan oleh Helper dalam memugar nilai ihsan ke arah membentuk sebuah masyarakat MADANI.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here