Home Hiburan KES PENGESAHAN RUJUK DATUK RED, ADIRA DITANGGUH 3 SEPTEMBER

KES PENGESAHAN RUJUK DATUK RED, ADIRA DITANGGUH 3 SEPTEMBER

46
0

RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini, hari ini, menangguhkan kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan oleh Datuk Red, 48, terhadap bekas isteri yang juga penyanyi, Adira Suhaimi, 35, pada 3 September depan.

Memetik laporan Harian Metro, peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie berkata, Adira akan memberi keterangan lanjut selaku defendan dengan membawa dua saksi di kalangan ahli keluarga untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie A’fif Sofiuddin Syeikh Abdul Ghani.

“Bagi perbicaraan hari ini, anak guam saya hadir memberi keterangan bagi pihaknya di hadapan Hakim Syarie dan perbicaraan disambung pada tarikh akan datang iaitu 3 September depan.

“Pada tarikh itu (3 September), Adira akan menyambung memberi keterangan bagi pihak dirinya selepas menafikan secara keseluruhan dakwaan pernah berlaku rujuk di luar mahkamah antara dia dan plaintif (Red) selepas perceraian.

“Selain menyambung beri keterangan, Adira juga akan membawa dua saksi di kalangan ahli keluarga terdekat untuk tampil memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah, di sini.

Sementara itu, Red atau nama sebenar Adenan Abu diwakili oleh peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan.

Mengulas lanjut, Roshdan berkata, pihaknya percaya kemungkinan terdapat beberapa kali perbicaraan untuk kes berkenaan pada masa akan datang sebelum mahkamah membuat keputusan.

Pada 25 Jun lalu, tindakan Red mahu menarik semula kes terhadap Adira ditolak oleh pihak mahkamah.

Terdahulu, Red selaku plaintif sudah memberi keterangan penuh secara tertutup pada 23 April lalu selepas memfailkan kes berkenaan pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Red pernah berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015, namun bercerai pada 24 April 2024 dan dikurniakan empat anak. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here