Home Buletin Semasa KELINDAN LORI GUNA KAD UNHCR DISYAKI PALSU

KELINDAN LORI GUNA KAD UNHCR DISYAKI PALSU

26
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KEDAH: Sebuah lori disita dalam Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas pemandunya dikesan melakukan pelbagai kesalahan berkaitan lesen memandu dan permit kenderaan, manakala kelindannya dipercayai menggunakan kad UNHCR yang disyaki palsu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi JPJ Negeri Kedah, pemandu lori tempatan didapati tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Memandu Barangan (GDL).

“Pemeriksaan turut mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) lori berkenaan telah tamat tempoh selain Perakuan Pemeriksaan PUSPAKOM juga tidak lagi sah.

“Dalam operasi sama, kelindan lori warga asing didapati memiliki kad UNHCR yang disyaki palsu.

“Susulan itu, individu terbabit diserahkan kepada JIM Kedah untuk siasatan dan tindakan lanjut,”jelas kenyataan itu.

JPJ turut menyita lori berkenaan bagi tindakan lanjut.

Menurut JPJ Negeri Kedah, kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi membanteras pelanggaran undang-undang serta penyalahgunaan dokumen, sekali gus memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan memelihara kedaulatan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here