Home Buletin Semasa JANGAN SALAH PILIH PEMIMPIN, PENGUNDI MUDA PENENTU MASA DEPAN JOHOR – ZAHID

JANGAN SALAH PILIH PEMIMPIN, PENGUNDI MUDA PENENTU MASA DEPAN JOHOR – ZAHID

13
0

Oleh: Wartawan IMedikel TV

PASIR GUDANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan golongan pengundi muda bakal menjadi penentu utama landskap politik Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.

Katanya secara purata kira-kira 51.5 peratus pengundi berada dalam kelompok usia 40 tahun ke bawah, termasuk pengundi berusia 18 tahun serta mereka yang pertama kali mengundi.

“Secara purata 51.5 peratus adalah anak-anak muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Mereka menjadi pengundi penentu,” katanya ketika dialog pada program Program Apa Khabar Siswa? di Johor di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara berkata, golongan muda tidak semestinya perlu menceburi politik secara aktif.

Namun katanya golongan itu perlu mengambil tahu perkembangan politik negara kerana setiap undi mampu menentukan hala tuju kepimpinan negeri dan negara.

“Pengundi 18 tahun dan pengundi kali pertama tidak perlu terbabit dalam politik. Kalau mahu terbabit boleh. Saya sendiri mula aktif dalam politik ketika menjadi pemimpin pelajar di Universiti Malaya (UM).

“Yang penting, anak-anak muda mesti mengambil tahu tentang politik walaupun tidak mahu terlibat. Jangan sia-siakan peluang mengundi kerana undi penentu itu penting untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi politik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan golongan muda supaya membuat pilihan yang bijak apabila tiba masanya mengundi.

“Biarpun majlis ini bukan majlis kempen politik, tetapi dihati saya, anak-anak muda pilihlah pemimpin muda yang boleh mentadbir negeri Johor dengan sebaik-baiknya,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid mencadangkan supaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diberikan pendedahan berkaitan kepimpinan dan politik menerusi kursus khas.

Katanya kursus berkenaan bertujuan memberi kefahaman kepada pemimpin pelajar mengenai landskap politik negara sekali gus membentuk kepimpinan yang lebih matang.

“Dalam situasi yang begitulah, saya harap MPP, bawalah seluruh MPP dengan kebenaran Menteri Pendidikan Tinggi (Zambry).

“Ya, kami membiayai agar mereka dapat memasuki kursus kepimpinan agar mereka dapat terdedah di dalam bidang politik untuk mencorakkan warna politik sebenar di tanah air.

“Jika ada permintaan daripada mereka, kita sediakan kursus berkenaan,kita telah mulakan inisiatif itu dalam kalangan pelajar universiti menerusi Sekolah Politik UMNO (SPU),” katanya yang juga Presiden UMNO.

Ahmad Zahid menyarankan pekerja dalam sektor ekonomi gig diberi peluang mengikuti program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling).

Katanya ketika ini terdapat kira-kira 1.21 juta tenaga kerja dalam sektor tersebut dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai latihan kemahiran yang mencukupi.

“Cadangan itu sudah dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi membolehkan golongan berkenaan mengikuti

“HRD Corp mempunyai peruntukan kira-kira RM3 bilion untuk mengadakan kursus-kursus upskilling dan reskilling ini.

“Saya akan menyusun perkara ini bersama Menteri Sumber Manusia serta mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan supaya dana yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat dapat turut dimanfaatkan oleh mereka yang terbabit dalam ekonomi gig.

“Ini akan membolehkan kita mempunyai tenaga kerja yang lebih berkemahiran dan kita tidak mahu mereka menamatkan kerjaya hanya sebagai pemandu dalam sektor gig ekonomi,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here