Home Hiburan ‘KALAU ADA, ADA. KALAU TIADA, KAMI ‘ENJOY’ HIDUP BERDUA’ – HAZAMA

‘KALAU ADA, ADA. KALAU TIADA, KAMI ‘ENJOY’ HIDUP BERDUA’ – HAZAMA

16
0

PETALING JAYA: Selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 2023, penyanyi Hazama kini memilih untuk lebih tenang serta menyerahkan sepenuhnya soal zuriat kepada ketentuan Allah.

Memetik laporan Harian Metro, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 42, berkata segala usaha telah dilakukan bersama isterinya, Genervie Kam, 46, dan kini mereka tidak lagi meletakkan tekanan seperti sebelum ini.

“Untuk perancangan akan datang, selepas dah cuba pelbagai usaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah. Itu yang terbaik yang Dia boleh caturkan untuk kami.

“Dari segi usaha, kami dah serah dan tawakal, semuanya kami dah buat. Kami tidak ada kuasa lebih daripada itu. Jadi, sekarang saya akan ‘follow the flow’ mana yang terbaik Tuhan dah aturkan untuk kami,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelantun lagu Penglipur Lara itu, keinginan untuk memiliki cahaya mata sentiasa ada, namun faktor usia menjadikan mereka lebih matang dan reda menerima apa sahaja ketentuan.

Hazama turut menegaskan dia tidak bercadang mengambil anak angkat kerana kehadiran enam anak saudaranya yang dibesarkan sejak kecil sudah cukup mengisi ruang dalam hidupnya.

Selain itu, katanya, rumahnya juga sering menjadi tempat tumpuan kanak-kanak termasuk anak jiran, sesuatu yang disifatkannya sebagai rezeki dan petanda suasana positif buat dirinya dan isteri.

Untuk rekod, Hazama dan Genervie Kam mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here