Home Hiburan MARISSA DANIA NAFI ‘LIVE’ JUALAN ADA KAITAN ISU KELUARGA

MARISSA DANIA NAFI ‘LIVE’ JUALAN ADA KAITAN ISU KELUARGA

11
0

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 21, menjelaskan dakwaan mengenai tindakannya membuat siaran langsung jualan di platform perniagaan milik ibu tirinya, Memey Suhaiza tiada kaitan dengan isu peribadi keluarga.

Memetik laporan Harian Metro, Marissa berkata, sesi siaran langsung itu sudah dirancang lebih awal sempena kempen jualan 7.7 di TikTok dan bukan dilakukan secara mengejut seperti didakwa segelintir pihak.

“Ada yang isukan saya buat ‘live’ menjual hari ini dengan hal peribadi keluarga.

“‘Campaign’ live TikTok 7.7 ini dah dirancang lama, bukan baru sehari atau seminggu awal.

“Apa-apa kerja pun semua perlu dirancang dulu. Saya datang ‘live’, buat kerja,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial. 

Terdahulu, hubungan Marissa dan Abby kembali menjadi perhatian ramai apabila timbul spekulasi selepas sambutan hari lahir Marissa dikatakan tidak dihadiri Abby.

Bagaimanapun, kedua-duanya tampil memberikan penjelasan masing-masing bagi menjawab dakwaan yang tular di media sosial.

Perkongsian Marissa itu sekali gus menafikan andaian bahawa kemunculannya di platform jualan dalam talian berkenaan mempunyai kaitan dengan isu hubungan dalam keluarganya.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here