Home Hiburan ABBY MUAT NAIK UCAPAN ‘ALHAMDULILLAH’ 

ABBY MUAT NAIK UCAPAN ‘ALHAMDULILLAH’ 

24
0

KUALA LUMPUR: Muat naik ringkas “Ahamdulillah” oleh pelakon, Abby Abadi menerusi Instagram Story (IGS) mencuri perhatian ramai susulan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung status rumah tangga anak keduanya, Marissa Dania Hakim.

Memetik laporan Berita Harian, perkongsian itu dibuat selepas Abby dilihat berkongsi semula video berkaitan keputusan mahkamah yang mengesahkan Marissa dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid atau Aslam bukan lagi suami isteri.

Bagaimanapun, Abby tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut sama ada perkongsian berkenaan mempunyai kaitan secara langsung dengan keputusan yang diputuskan mahkamah.

Sebelum ini, rumah tangga Marissa dan Aslam menjadi perhatian apabila prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk difailkan pada 10 Mac lalu.

Pagi tadi, Hakim Syarie Nadiah Khamis memutuskan kedua-duanya bukan lagi suami isteri. 

Marissa dan Aslam mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebelum perkahwinan mereka disahkan sah di sisi hukum syarak dan undang-undang pada Mei 2025. 

Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata selepas Marissa sebelum ini dilaporkan mengalami keguguran ketika kandungan berusia enam bulan pada 2024. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here