Home Sukan BOLA SEPAK TAKKAN KEMBALI KE RUMAH – OPTA

BOLA SEPAK TAKKAN KEMBALI KE RUMAH – OPTA

LONDON: Penantian panjang penyokong England untuk menyaksikan pasukan kebangsaan mereka menjulang trofi utama antarabangsa berkemungkinan berterusan selepas superkomputer Opta meramalkan skuad Three Lions bukan pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia 2026.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, kali terakhir England menikmati kejayaan di pentas antarabangsa adalah 60 tahun lalu apabila menewaskan Jerman Barat 4-2 pada final Piala Dunia 1966 di Wembley.

Ketika itu, kapten legenda Bobby Moore mengetuai pasukan, manakala Geoff Hurst mencipta sejarah dengan meledak hatrik dalam perlawanan akhir.

Sejak kejayaan itu, England mara ke separuh akhir Piala Dunia sebanyak dua kali dan terus gagal menamatkan kemarau trofi utama mereka.

Menurut ramalan terbaru Opta, England memiliki peluang 11.3 peratus untuk muncul juara dunia, menjadikan mereka pasukan ketiga paling berpotensi memenangi kejohanan itu. 

Dua pasukan yang berada di hadapan England ialah Sepanyol dan Perancis. 

Sepanyol yang juga juara Eropah diberikan peluang tertinggi dengan kebarangkalian 16.4 peratus untuk meraih gelaran dunia kedua mereka.

Perancis yang muncul juara pada 2018 sebelum tewas kepada Argentina pada final 2022, berada di tangga kedua.

Juara bertahan, Argentina diletakkan di kedudukan keempat dengan peluang 10.4 peratus, hanya sedikit di belakang England.

Sementara itu, Portugal berada di tangga kelima dengan peluang 6.9 peratus dengan kejohanan kali ini dijangka menjadi peluang terakhir buat Cristiano Ronaldo untuk memburu trofi paling berprestij dalam bola sepak sebelum menamatkan kariernya.

Lima kali juara dunia, Brazil, diberikan peluang 6.7 peratus untuk menjulang trofi, susulan kempen kelayakan yang dianggap antara paling mengecewakan dalam tempoh 30 tahun terakhir.

Turut melengkapkan kelompok 10 pasukan pilihan utama ialah Jerman, Belanda, Norway dan Belgium. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here