Home Luar Negara NASA KESAN LETUSAN SUAR SOLAR TAHAP TINGGI

NASA KESAN LETUSAN SUAR SOLAR TAHAP TINGGI

62
0

LOS ANGELES: Matahari menghamburkan suar solar kuat kelas X1.0 pada Rabu, mencapai kemuncak pada jam 7.28 pagi Waktu Timur Amerika Syarikat (AS) (1128 GMT), menurut agensi pentadbiran penerbangan dan angkasa lepas (NASA), lapor Xinhua.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, Balai Cerap Dinamik Solar milik NASA yang memantau matahari secara berterusan, berjaya merakam imej kejadian berkenaan.

Suar solar merupakan letusan radiasi intensif yang dilepaskan daripada matahari.

Berdasarkan kenyataan NASA, suar kuat dan aktiviti solar berkaitan boleh menjejaskan komunikasi radio, rangkaian grid kuasa, sistem navigasi, selain membawa risiko potensi kepada kapal angkasa serta angkasawan.-Bernama-Xinhua, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here