Home Sukan PASPORT DICURI, ABDULHAMID LEWAT SERTAI KEM LATIHAN ARAB SAUDI

PASPORT DICURI, ABDULHAMID LEWAT SERTAI KEM LATIHAN ARAB SAUDI

51
0

Riyadh: Pemain pertahanan Arab Saudi, Saud Abdulhamid akan menyertai kem latihan pasukan kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas menyelesaikan isu pasport yang menyebabkan kelewatan perjalanannya.

Memetik laporan REUTERS menerusi Harian Metro pemain berusia 26 tahun itu sepatutnya melapor diri ke kem persediaan di Riyadh Isnin lalu sebelum berlepas bersama skuad.

Bagaimanapun pasportnya dilaporkan dicuri dalam satu kejadian pecah masuk di Amsterdam ketika dia menghadiri majlis perkahwinannya bersama keluarga.

Media tempatan melaporkan Abdulhamid yang dipinjamkan ke kelab Ligue 1, Lens dari AS Roma, kini akan menyertai skuad 30 pemain kendalian jurulatih Georgios Donis di New York.

Abdulhamid turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Arab Saudi kerana membantu mendapatkan pasport gantian dengan menulis di platform media sosial X: “Jom ke Piala Dunia.”

Arab Saudi sudah memulakan beberapa kem latihan di New York dan Texas sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Ecuador, Puerto Rico dan Senegal.

Mereka akan membuka saingan Kumpulan H menentang Uruguay di Miami pada 15 Jun, sebelum bertemu Sepanyol di Atlanta pada 21 Jun dan Cape Verde di Houston pada 26 Jun. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here